yang sudi menerima saya ^_^

Ahad, 6 Mei 2012

News: Kain Ihram Kafan Anak




       ::Assalamualaikum::





KOTA BHARU : “Seminggu sebelum kejadian, saya tidak sedap hati, seolah-olah seperti akan kehilangan ahli keluarga. Saya juga tiba-tiba tergerak membasuh kain ihram yang tersimpan sejak dua tahun lalu untuk digunakan sebagai kain kafan jika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga.

“Perasaan tidak sedap hati itu menjadi kenyataan apabila anak saya lemas dan kain ihram yang dibasuh itu digunakan sebahagiannya untuk kain kafan anak saya,” kata Sabariah Jaafar, 46, ibu kepada Abu Hamid Fadzir, 14, yang ditemui lemas di Sungai Machang limbat, Pasir Tumboh,(near my house)dekat sini, kelmarin.

lokasi kejadian : sungai machang limbat
dangerous zone!!!

Dalam kejadian jam 5 petang, rakan Abu Hamid, Wan Mohd Nazri Wan Mahmud, 15, turut lemas selepas mandi di sungai bersama tiga lagi rakan lain.

Kain Ihram Kafan Anak
Mayat Wan Mohd Nazri ditemui jam 6.51 petang, manakala mayat Abu Hamid ditemui jam 8.15 malam di dasar sungai tidak jauh antara satu sama lain oleh sepasukan anggota bomba yang melakukan kerja mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung.


Abu Hamid dan Wan Mohd Nazri adalah pelajar Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, di sini, dan masing-masing berasal dari Kota Bharu dan Pasir Puteh. Jenazah kedua-dua pelajar itu dikebumikan pagi semalam.

Jelas Sabariah, Abu Hamid keluar rumah jam 4 petang bersama empat rakannya dengan menaiki basikal untuk belajar silat, namun tidak menyangka anaknya mandi sungai sehingga lemas.

Katanya, pada jam 6 petang, rakan anaknya datang ke rumah dan dia terkejut selepas dimaklumkan anaknya lemas di sungai yang terletak lima kilometer dari rumahnya.

“Pada mulanya, saya tidak membenarkannya keluar kerana cuaca mendung, namun dia berkeras untuk keluar sebelum saya dikejutkan dengan berita kematiannya.

“Menurut rakannya, mereka memang keluar untuk belajar silat namun kerana tok guru tiada di rumah, mereka ke sungai untuk mandi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Paduka, Kubang Kerian, di sini, semalam.

Sabariah berkata, anaknya turut menunjukkan sikap manja ketika dikejutkan untuk solat Subuh pada hari kejadian.

“Saya pukul dia untuk bangun solat Subuh, tapi dia tidak mengendahkannya, sebaliknya memegang dan mencium tangan saya sebelum dia bangun untuk solat,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk kampung, Mohd Yusof Mohd Yunus, 60, berkata, ketika kejadian dia menjala ikan berhampiran tempat kejadian sebelum rakan mangsa datang meminta tolong.
Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian, namun kedua-dua mangsa sudah tenggelam sebelum dia meminta pertolongan penduduk dan menghubungi bomba.

“Kejadian berlaku pantas dan saya tidak sempat menyelamatkan mangsa, malah hujan lebat selepas kejadian menyebabkan penduduk sukar memberi pertolongan dan terpaksa menunggu bomba,” katanya.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Shukri Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dengan 15 anggota.
“Kita menemui mayat pertama (Wan Mohd Nazri) di dasar sungai, jam 6.51 petang. Selepas itu kita terpaksa menghentikan selama sejam berikutan hujan lebat namun selepas cuaca baik, kita meneruskan semula operasi dan mayat kedua (Abu Hamid) ditemui jam 8.15 malam.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke rumah keluarga masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assisten Komisioner, Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Metro

*sekarang saya faham kenape mak saya marah pergi dekat sini*
Lokasi yang same 
tapi suasana yang berbeza..


tahziah diucapkan kepada keluarga mangsa
al-fatihah di panjatkan kepada arwah berdua.
semoga mereka tergolong dalam golongan orang beriman
amin~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan