yang sudi menerima saya ^_^

Sabtu, 7 April 2012

TaKlik : tak boleh buat main-main




AssalamuaLaikum..







ape nak cerita plak kali nie kan.. okey anis tak mboh(nak) main-main dengan entri kali nie.. anis nak citer pasal hal kawin..yer yer ajer kan.. padahal tak de pengalaman pon...
sebenaqnya yang anis nak sangat post entry kali nie bukannya aper..sajer nak berkongsi cerita katenya..anis dapat info nie daripada Wanita Hari Ini(WHI) yang  dekat TV3 tu..








based on buku teks form 5 anis dulu..yang ustazah anis ajarlah..begini ajer kefahaman yang anis boleh bagitaw..




Talak taklik


:maksud: talak yang disandarkan diatas sesuatu syarat.


:dibahagikan kepada 2:


1) taklik biasa : taklik yang dilafazkan dalam keadaan biasa.contohnya:


    suami berkata " jika engkau keluar dari rumah nie,maka jatuhlah talak    
                       keatas engkau.

2) taklik khuluk : seperti yang terdapat dalam surat nikah.contohnya:


selepas akad nikah. calon suami yang membacakan taklik tersebut.

Manakala saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan hijrah berturut-turut dengan segaja atau paksa dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya dalam tempoh masa tersebut, padahal dia taatkan saya atau saya melakukan kemudaratan kepada tubuh badannya atau kehormatannya dan harta bendanya.



Kemudian dia mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi kadi atau Mahkamah Syariah dan dia memberi kepada Kadi bagi pihak saya RM1.00, maka ketika itu tertalaklah dia dengan satu talak khuluk.





time tu anis cuma tahu ilmu pasal permasalah rumahtangga nie hanya setakat dalam kertas soalan..dan tidak tahu hal sebenarnya bagaimana..anis bukannya aper taw.. benda nie hanya sebagai pengetahuan untuk kiter terutamanya bagi kalangan remaja..zaman dah berubah..dunia dah maju tapi bab hukum-hakam agama tetap sama..tak pernah berubah..






anis bukan orang yang berhak untuk menghuraikan hal ini...tidak selayaknya bagi anis kerana anis sendiri dalam proses pembelajaran lagi..tambah lagi umur pon bukannya tahap gataii nak kawin tapi sebagai ilmu semata-mata...janganlah anda salah faham yerr....tapi tak salah kalau kiter saling berkongsi kan..so bagi pendapat para pembaca sekalian..saya memohon turut sama mengajar saya hal ini..supaya tiada perkataan "blind" dalam bab agama..padahal di dalam i/c tertera bahawa kita ini beragama islam..janganlah islam pada nama tapi biarlah islam pada hakikatnya...ye dokkkk?? 




bagaimanakah dengan situasi ini??




si isteri  berkata kepada si suami " abang kalau abang pergi kedai kopi lagi, maknanya       kite cerai taw".
si suami menjawab " yelah " (dalam keadaan untuk menjaga hati sahaja)

walaubagaimanapun, si suami pergi juga ke kedai kopi, sama ada dia sudah terlupa ataupun   segaja tanpa pengetahuan si isteri.



hukumnya: talak tetap jatuh walaupun si isteri yang melafazkannya. ini kerana si suami memberi persetujuan walaupun persetujuan itu sekadar menjaga hati si isteri.. melainkan si suami menjawab tanpa dengan kepastian sebagai contohnya..


si suami hanya mendiamkan diri dan terus berlalu tanpa berkata apa-apa ataupun hanya menjawab " emmm " tanpa kerelaan..





 : JoM TenGoK UsTaz AzHar IdRus mengupas hal ini :












simple note:
just sharing- no kidding
maafkan saya andai ada yang tersilap
saya pon insan serba kekurangan..










merci beucoup
(^_^)


































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan