Assalamualaikum wbt..
mood baru..
senyuman baru..
jiwa baru..
tapi diri dan hati yang sama..
tak pernah berubah.. (cuma saiz ajer yang berubah dari masa ke semasa )
ini cuma bicara hati.. :)
hampir setiap detik..amat merindui dunia blogging..tapi bila menaip terus dipadam balik..dah siap taip hanya disimpan dalam draft.. what happen to me ? ini ke saya ? lupakan kisah lama..just forgive and forget :)
suatu ketika mengharapkan diri ini menjadi seorang chef..Allah terus makbulkan.. dinyatakan nama sekian binti sekian (saya lah tu ) berjaya menduduki kelas katering pada tahun 2008/2009 dan mendapat keputusan yang sedikit memberansangkan dan terus melanjutkan cita-cita di dalam bidang seni kulinari.. betapa bersyukurnya hati..setiap permintaan dimakbulkan..
setelah hampir mendapat segulung diploma..
diri disapa oleh panggilan SPA8..terlalu tinggi harapan seorang bernama "mak" yang menginginkan salah seorang dari anaknya mengikuti jejak Beliau..JURURAWAT :)
berkorban cita-cita demi harapan mak..tinggalkan semuanya demi mak..hanya mak! hanya airmata yang menjawab setiap luahan hati ketika itu..
dulu dah berkobar-kobar planning nak 5 tahun akan datang aku nak jadi ape.. lepas tu nak buat ape..dan segala macam ada dalam kepala otak nie..tapi perancangan Allah siapa mampu menghalang walau sebijak mana kita merancang..
dengan harapan mak dan lafaz bismillahirrahmanirahim..kaki nie melangkah setapak ke bidang yang nyata berbeza..mengenali nafas baru..buku baru..kawan baru,,semuanya baru..pengalaman yang baru..
ya betapa indahnya melepaskan satu cita-cita walaupun mata selalu ajer sembab( nangisss ajer kejenya ) Allah tunjukkan saya cara bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan...
betapa bertuahnya kami kerana diberikan peluang yang tak mungkin orang lain dapat..
syukran ya RAHMAN :)
menangislah anis andai ia melegakan..
short note : tunggu anis repost pengalaman yang berharga dalam meniti cita-cita seorang mak untuk anaknya..
merci beucoup
^_^